Allah Maha Besar!

Thursday, December 10, 2009

learn Together.. Al-Quran penyuluh hidup

Perigatan bersama!!

Sebenar-benar kalam ialah kalam Allah (Al-Quran) dan sebaik-baik pertunjuk ialah pertunjuk Muhammad Salallahualaihiwasalam dan seburuk-buruk perkara ialah perkara yang direka tanpa berdasar pertunjuk Allah dan rasul,dan setiap perkara yang direka tanpa pertunjuk Allah dan rasul ialah bid'ah. Dan setiap bid'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu di neraka.

Sangatlah besar dan agungnya Al-Quran, sesungguhnya ia adalah mukjizat kenabian baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan pertunjuk serta pedoman dalam segala perihal kehidupan manusia sebagaimana yang telah difirmankan Allah swt :

مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلاَ الإِيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُورًا نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

" Dan sebelumnya kamu tidak pun mengetahui apakah itu Al- Kitab (Al-Quran) dan tidak juga mengetahui apakah itu Iman. Tetapi kamilah yang menjadikan Al-Quran itu cahaya dan pertunjuk kepada sesiapa yang kami kehendaki dari kalangan hamba kami dan sesungguhnya engkaulah (Wahai Muhammad pertunjuk kepada jalan yang lurus." (Surah As-Syura : 52).

Melihat kepada suasana Malaysia, saya merasakan sangatlah perlu untuk saya melakukan sesuatu sekadar kemampuan saya untuk menghasilkan risalah-risalah berkait tafsir ayat-ayat Quran bagi memahamkan masyarakat akan panduan yang diberikan oleh Allah dalam kitab suci-Nya ini. Sesungguhnya Al-Quran merupakan hujah dan pertunjuk bagi mereka yang beriman sebagaimana sabda baginda Al-Quran itu hujah bagi kamu dan hujah ke atas kamu.” (Hadith Sahih, riwayat Muslim no.223 ).

Dunia hari ini, dengan kemajuan dan kemodenan yang membuatkan manusia semakin cemerlang dari sudut akal dan kebijaksanaan maka menyebabkan mereka merasa ego dan bongkak terhadap Allah. Manusia sudah tidak lagi mempedulikan halal dan haram, dosa atau pahala sebaliknya yang manusia pentingkan ialah wang, harta dan kemewahan hidup.

Demikianlah lalu timbul golongan yang hanya menjadikan Al-Quran sebagai hanya bacaan masa lapang takala keinsafan sekali-sekala datang menjelma atau mungkin juga sebagai acara pembuka majlis dan menjadikan Al-Quran sebagai wadah sampingan dalam kehidupan bagi mengatakan kononnya dirinya beriman. Sangatlah menyedihkan hari ini, apabila melihat betapa ramai anak-anak muda jahil agama dan langsung tidak dapat membaca Al-Quran apatah lagi memahami maknanya. Sedang Al-Quran ini diturunkan sebagai panduan yang melengkapi segala-gala ilmu pengetahuan sebagaimana firman Allah swt : مَّا فَرَّطْنَا فِى الكِتَابِ مِن شَىءٍ ثُمَّ اِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

“Dan tidaklah kami tertinggal dalam Al-Quran itu akan sesuatu (melainkan telah kami terangkannya) dan kepada tuhanlah mereka akan dihimpunkan .” (Surah Al-An'am : 38).

Bahkan juga disebut oleh baginda dalam hadithnya betapa Al-Quran merupakan pertunjuk dan panduan yang melengkapi bagi menyelamatkan manusia dari kesesatan dengan sabda-Nya : " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).

وَمَا تَوْفِيقِي إِلاَّ بِاللَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

“ Dan tiadalah pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepada-Nya aku bertawakkal dan kepada-Nya aku kembali” (Surah Hud :88).


oleh: Ustaz Emran Ahmad (Yaman)















No comments:

Post a Comment