Allah Maha Besar!

Thursday, December 24, 2009

Syahid!

Hasan Al Bana Mati Ditembak

...yeikh Hasan Al-Bana dilahirkan pada tahun 1906, yang dibesarkan dalam keluarga Islam yang taat. Dengan asuhan secara Islam itulah maka ia boleh berkata: “Hanya Islamlah ayah kandungku.” Hal itu kerana rasa cintanya terhadap ajaran Islam, kerana ajaran itulah yang membentuk watak dan keperibadiannya.

Ayah kandungnya sendiri adalah Syeikh Ahmad Abdurrahman yang lebih terkenal dengan panggilan as-Sa’ati, atau si tukang jam.

Hasan Al-Bana hafal 30 Juz kitab suci Al-Quran, padahal umur beliau pada saat itu baru 20 tahun. Ketika umur yang sekian itu beliau berhasil menginsafkan Syeikh Abdul Wahab Jandrawy, Pemimpin (Syeikh) Al-Azhar University yang mempunyai pengaruh besar pada segenap lapisan masyarakat dan mempunyai hubungan yang akrab dengan berbagai pihak.

Namun Syeikh yang banyak ilmunya itu tidak mempunyai roh jihad membela rakyat dan Islam dari kezaliman Raja Farouk dan penjajah Inggeris. Kecuali Syeikh Jandrawy ini adalah seorang pemimpin Sufi yang mempunyai banyak pengikut setiap malam berzikir dan berselawat dengan nyanyian-nyanyian khusus ahli Thariqat, tetapi mereka tidak mengerti sama sekali bahawa mereka itu terkurung oleh suasana yang diliputi kejahilan dan kejumudan umat. Mereka jauh dari semangat dan keagungan Islam kerana suasana kemunduran umat yang membelenggu.

Pada tahun 1927, ketika Hasan Al-Bana baru berusia 21 tahun, beliau telah lulus dari Perguruan Darul Ulum Mesir, beliau terus mengajar di Ismailiyah. Di Ismailiyah beliau semakin mengerti suasana rakyat Mesir yang telah sempurna rosaknya. Amat nyata perbezaannya antara kehidupan bangsa Mesir yang menjadi pekerja kasar dengan rumah serta perkampungan yang buruk; dengan kehidupan orang-orang kulit putih yang menempati gedung-gedung megah dengan segala keangkuhannya. Kecuali kemiskinan dan kebodohan, rakyat juga banyak yang rosak moralnya kerana pengaruh kehidupan Barat yang sengaja direka oleh kaum penjajah untuk menghancurkan rakyat Mesir dari segi yang lain.

Dalam suasana yang demikian itulah Hasan Al-Bana mendirikan suatu jemaah yang dinamakan “Al-lkhwanul Muslimin” (Persaudaraan orang-orang Muslim) pada bulan Dzul Kaedah 1347 Hijrah (Mac 1928) yang bertujuan untuk mewujudkan cita-cita Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh. Semangat kedua beliau itulah sebagai rantai yang menyambung kepada cita yang diinginkan oleh Hasan Al-Bana beserta kawan kawannya di dalam membentuk organisasi tersebut.

Adapun khiththah gerakan lkhwanul Muslimin yang menuju cita yang diredhai Allah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW itu melalui tahapan yakni:


1. Membentuk peribadi Muslim
2. Membentuk rumahtangga dan keluarga Islam
3. Cara hidup kampung Islam
4. Menuju kepada negeri Islam
5. Menuju kepada pemerintahan Islam.

Gerak Ikhwanul Muslimin meliputi segala bidang dakwah, mulai pendidikan terhadap anak-anak, pelajaran Al-Quran bagi orang dewasa, pendidikan keluarga, bidang sosial walaupun nampaknya sederhana sekalipun, dari kampung-kampung sampai kepada Universiti di kampus-kampus, mulai artikel sampai penerbitan buku dan majalah-majalah, sampai kepada urusan politik dalam amar makruf nahi mungkar, dan sebagainya.

Sampai kepada Muktamar Ikhwanul Muslimin yang ketiga tahun 1934, tampak tokoh-tokoh intelektual ,Syekh Thanthawi Jauhari dan para ulama terkenal yang menjadi anggota dan pendukung Ikhwan, seperti hari, seorang ahli tafsir terkenal dan Guru Besar. Kemudian Sayid Quthub, Dr. Abdul Qadir Audah, seorang Hakim terkenal, dan juga Dr. Hasan Al-Hadlaiby, dan sebagainya.

Syeikh Hasan Al-Bana bersama kawan-kawannya tidak mampu berdiam diri menghadapi kekuasaan Raja Farouk yang telah tenggelam dalam kemabukan, rasuah, dan sewenang-wenang. Perbezaan pendapat, perselisihan, dan akhirnya pertentangan dengan penguasa yang aniaya dan dibantu oleh kekejaman penjajah Inggeris tidak dapat dihindarkan.

Tentu saja penyokong Kerajaan bekerja keras untuk dapat mengawasi gerak-geri para anggota Ikhwanul Muslimin. Kaum Imperialis Inggeris pula di dalam mencelakakan Ikhwanul Muslimin mempunyai peranan yang sangat besar.

Akhirnya pada pagi hari tanggal 13 Februari 1949 beliau memanggil puteranya. Kemudian beliau bercerita kepada puteranya itu bahawa semalam beliau bermimpi merasa dikunjungi Sayyidina Ali bin Abi Thalib. Ali bin Abi Thalib berkata kepada beliau: “Wahai Hasan, kamu telah menunaikan kewajipan, semoga amalmu diterima oleh Allah.”
Kemudian pada petang harinya, beliau meninggalkan rumah bersama kawan-kawan seperjuangan pergi menunaikan tugas. Tiba-tiba beliau di tembak oleh seorang anggota Polis kakitangan Raja Farouk, dan tersungkurlah beliau di tepi jalan Kairo, dan beliau menemui syahidnya setelah sampai di hospital.

Beliau meninggal dunia kerana ditembak di pinggir jalan raya, dan tidak diketahui siapa pembunuhnya. Bahkan pembunuhnya mendapat hadiah dari Raja Farouk.

Jenazah beliau hanya disolatkan oleh ayah beliau sebagai Imam dan anak lelaki beliau sebagai makmum. Hanya dua orang. Kerana di sekeliling rumah beliau dijaga ketat oleh askar negara untuk melarang siapapun masuk rumahnya memberikan penghormatan terakhir kepada beliau.


Monday, December 21, 2009

malam datang lagi!!

pejam celik, pejam celik dah 5 muharram dah..diesempatan ni saye nak ucap selamat berhijrah..hijrah itu perjuangan..dan perjuangan memerlukan pengorbanan dan akhirnya menemui kejayaan..Amin..semoga hari-hari kite berlalu bersama kehendak yang Maha Esa..moga2 IMAN bertambah seiring dengan peningkatan usia kita..amin..amin ya rabbal alamin..

bile sebut pasal iman..sye teringat akan seorang sahabat ni..
sahabat yang tidak pernah lupe mengingatkan saye supaya JAGE DIRI,JAGE IMAN ,JAGE ISLAM...terima kasih teman..lame tak berhubung dengannya...akhirnya aku mengerti teman..

Salam..
hari ni ari terakhir ak bekerja..bz skit ..esok nak blik kg..then hujung minggu ni nak turun kemaman nak lawat family angkat...dan yang paling aku nanti2kan...jeng2..nak sambut mak balik dari hj..hai rindunya kat mak...lame tak jumpe..love u mom..cayang nye kat mak..mak yang tak putus2 doakan ak..hai hati..sabar ye..Ya Allah mudahkan ibuu disana..the end

petang td..perjumpaan ngan kawan..skurang sikit satu beban..alhamdullilah..secret..tak leh cite pjg2..

malam ni cite ak campur2 ..hehe
semalam 20 dis..bawa daryus lawat melaka..first g mini m'sia, then zoo and last one g a famosa..kira aku jd tourist guide le..urm..perjalanan ok,cuace pun ok..alhamdullilah tapi ade salah phm le plak..Mr.d asik2 tanye aku mana swimming pool le, beach le, tempat mainan kanak le..ak mule2 tak paham..rupe2nye dia janji ngn anak dia a famosa tu best..leh mandi..aduhai patot le mase aku tunjuk a famosa anak dia snyap aje.no respone..haha merajuk memanjang anak dia..sabo jele ak..rupenye dia nak g water world..hai dah dkt kol 5.50 br g tau..tempat pun dah tutup..perjalanan semalam rase sgt penat..asal tah..sampai kat masjid al-azim ,lps solat ak n wife di a tidoo..tak larat..traffic jam plak jgn ckp le..perjalanan plg ke upm smpai 3 jam.tido2 aku dalam kete Mr.d..next time dia soh ak pk mane tempat yang best..hai nampaknye ak leh jadi perancang percutian family..hehe

tu cerita Mr.daryus..kwan ak yang plg tua stakt ni..phd student kat upm..

9 jan depan ,kelas tuisyen bm ak stat..harap ok lah..nak ajar bm pada membe iran..harap2 ok la ..ade give n take...doakan aku kwan2..

19dis
forum mencari cinta sempurna
tq dayah coz ajak ak..best progm 2..
kesimpulan yNG AK DAPAT dlm progm tu..Cinta pada Allah itu cinta hakiki..selepas usaha serahkan segala2 padaNya..cinta akhirat membwa ke syurga sekali gus membawa kebahagian di dunia..Amin ...

Ya Allah,
Engkau Maha berkuasa diatas setiap kejadian hamba2Mu,
apabila tiba masanya hadirkan dia untukku,
tautkan hatiku kepada lelaki yang hatinya tertaut padaMu..
yang akan memimpinku ke syurgaMu,
yang menerima diriku seadanya.amin..amin

Monday, December 14, 2009

PESANAN RASULULLAH KEPADA SAIDATINA FATIMAH AZ ZAHRAH

PESANAN RASULULLAH KEPADA SAIDATINA FATIMAH AZ ZAHRAH

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s.a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

semalam kubersamamu sahabat...

"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar."

salam semua..
Kelab Budaya kokurikulum..
al-kisah sebuah cerita..

dulu mase kecik2 teringin sgt nak mengembara....macam2 tempat nak g..alhamdulillah sejak join QKB ni banyak gak tempat yang ak dah g..actually ak ni mang kuat jalan orangnye..pas2 mulut ni mang kalo dah beckp payah nak berhenti..

yang terbaru ni ak ad jd pengarah untuk progrm Eksplorasi Budaya Darul Iman 09..ni first time jd pengarah ...
jd banyaklah kena belajar dari senior2..aku seronok dengan ape yang ak lalui..besele hidup ni akan lebih mencabar bile adenye dugaan..???betol ke cik Midah oit??hehe.ckap senang tapi nak lalui Allah je yang tahu mcm mane perasaan aku..kekadang bile kita dah lalui suka duka kehidupan baru lah kita sedar..rupanya kita nie cume sebesar zarah..tak de ape2..apatah lagi nak membangga..kerdil rasenye...kalo hari ni kita rase wah i'm the best lupekan lah...bila dah diuji baru tau rase..
nak cerita berjela2 nt tak larat pembaca semua..

untuk coretan kali ni cume nak kenalkan ajk2 n alumni yang bnyk support ak..di kesempatan ini jugak aku nak minta maap kepada semua peserta progam andai ada terlanjur bahasa.terguris kat mane2..

meeting bersama ajk progrm..perah otakk..
luv u all..kerna support aku


gelagat teha n nadiah




kunjung mengunjugi



mane yang comel..penyu??




sedapnye...nk sikit


alumni yang banyak membantu
hehe..sorang lagi hilang
chey???






pertemuan

salam kawan2..ape khabar?

untuk coretan kali nie.
saye nak cerita sikit..maklumlah sejak dah bekerja ni hujung2 minggu kaki ni gatal aje nak berjalan..nak dijadikan cerita saye, hidayah and adila plan la nak g picnic..bosan duduk kat bilik..cadang nye nak p putrajaya..ni 2nd time saye g sane naik moto..wah percaya tak ni..kecut perut ni tgk kete kiri kanan..alhamdulillah hari kejadian kereta tak banyak saye pun tak berapa takut..

tgh dok plan2 ni mr.daryus pun nak ikut..layankan ajele..he3..dia bwa anak dan isteri..subhanallah isterinya cantik ..hidung mancung.begitu jugak lah dgn anaknya..isterinya bernama fatimah..anaknya serina..comel..



ni gambar ngah makan dkat tepi tasik..he3 nasib bek tempat tu cantik..tak malu aje..kate dila
sambil sembang2..ambik gambar sekali..pagi2 lagi dila dah datang bilik tolong masak cucur..he3 tpi segeranye..tak sempat nak adun sendiri..then kiteorang wat sandwich..pas2 tukar2 makanan ngan daryus..lupe la ape name makanan dia.

kelainan pada picnic ni kteorang bersama ngan international stdnt..n ukwah yang dibina di situ..orang kate,tak kenal maka tak cinta..dah cinta payah plak nak lupe..

cuace ari 2 sangat panas ,kebetulan kpale saye pun dah pening n dila ade hal nak diuruskan jdi tak banyak tempat yang dapat kiteorg g..yang sempat cume masjid besi,masjid putrajaya ngan alamanda....ok rasenye sampai sini je dulu..tggu cerita seterusnya..nak bwa si daryus ke melaka plak..daaa....

pedoman bersama

Renungan buat wanita...

Hukum Tabarruj atau Berhias Berlebihan Bagi Perempuan

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki)
-”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.


3. Wangian
-”Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).


4. Dada
-”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)


5. Gigi
-’Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)


-”Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim).


6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).


7. Tangan
-”Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).


8. Mata
-”Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).


-Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).


9. Mulut (suara)
-”Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).


10. Kemaluan
-”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).


-”Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).


-”Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).


11. Pakaian
-”Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).


-”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


-”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).


12. Rambut
-”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Saturday, December 12, 2009

selamat pagi malaysia

bismillah pembuka bicara,
jom nikmati bersama..


Tafsir Ayat Kursi

Keutamaan Ayat Kursi

Semua surat dalam al-Qur’an adalah surat yang agung dan mulia. Demikian juga seluruh ayat yang dikandungnya. Namun, Allah ta’ala dengan kehendak dan kebijaksanaanNya menjadikan sebagian surat dan ayat lebih agung dari sebagian yang lain. Surat yang paling agung adalah surat al-Fatihah, sedangkan ayat yang paling agung adalah ayat kursi, yaitu di surat Al-Baqarah, ayat 255. Yang akan kita pelajari bersama dalam kesempatan ini adalah ayat kursi.

Ubay bin Ka’b radhiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam bersabda:

“Wahai Abul Mundzir (gelar kunyah Ubay), tahukah engkau ayat mana di kitab Allah yang paling agung?”

Aku menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.”

Beliau berkata, “Wahai Abul Mundzir, Tahukah engkau ayat mana di kitab Allah yang paling agung?”

Aku pun menjawab,

اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ

Maka beliau memukul dadaku dan berkata, “Demi Allah, selamat atas ilmu (yang diberikan Allah kepadamu) wahai Abul Mundzir.” (HR. Muslim no. 810)

Dalam kisah Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dengan setan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahwa setan tersebut berkata,

“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimat yang Allah memberimu manfaat dengannya. Jika engkau berangkat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga dari Allah untukmu, dan setan tidak akan mendekatimu sampai pagi.”

Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam, beliau berkata,

“Sungguh ia telah jujur, padahal ia banyak berdusta.” (HR. al-Bukhari no. 2187)

Dalam kisah lain yang mirip dengan kisah di atas dan diriwayatkan Ubay bin Ka’b radhiallahu ‘anhu, disebutkan bahwa si jin mengatakan:

مَنْ قَالَهَا حِينَ يُمْسِي أُجِيرَ مِنَّا حَتَّى يُصْبِحَ ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ أُجِيرَ مِنَّا حَتَّى يُمْسِيَ

“Barangsiapa membacanya ketika sore, ia akan dilindungi dari kami sampai pagi. Barangsiapa membacanya ketika pagi, ia akan dilindungi sampai sore.” (HR. ath-Thabrani no. 541, dan al-Albani mengatakan bahwa sanadnya bagus)

Dalam hadits yang lain, Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam bersabda:

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلا الْمَوْتُ

“Barangsiapa membaca ayat kursi setelah setiap shalat wajib, tidak ada yang menghalanginya dari masuk surga selain kematian.” (HR. ath-Thabrani no. 7532, dihukumi shahih oleh al-Albani)

Disunnahkan membaca ayat ini setiap (1) selesai shalat wajib, (2) pada dzikir pagi dan sore, (3) juga sebelum tidur.

Tafsir Ayat Kursi

اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ

“Allah, tidak ada sesembahan (yang berhak disembah) selain Dia Yang hidup kekal serta terus menerus mengurus (makhluk).”

Allah adalah nama yang paling agung milik Allah ta’ala. Allah mengawali ayat ini dengan menegaskan kalimat tauhid yang merupakan intisari ajaran Islam dan seluruh syariat sebelumnya. Maknanya, tidak ada sesembahan yang benar untuk disembah selain Allah. Konsekuensinya tidak boleh memberikan ibadah apapun kepada selain Allah.

Al-Hayyu dan al-Qayyum adalah dua di antara al-Asma’ al-Husna yang Allah miliki. Al-Hayyu artinya Yang hidup dengan sendirinya dan selamanya. Al-Qayyum berarti bahwa semua membutuhkan-Nya dan semua tidak bisa berdiri tanpa Dia. Oleh karena itu, Syaikh Abdurrahman as-Sa’di mengatakan bahwa kedua nama ini menunjukkan seluruh al-Asma’ al-Husna yang lain.

Sebagian ulama berpendapat bahwa al-Hayyul Qayyum adalah nama yang paling agung. Pendapat ini dan yang sebelumnya adalah yang terkuat dalam masalah apakah nama Allah yang paling agung, dan semua nama ini ada di ayat kursi.

لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ

“Dia Tidak mengantuk dan tidak tidur.”

Maha Suci Allah dari segala kekurangan. Dia selalu menyaksikan dan mengawasi segala sesuatu. Tidak ada yang tersembunyi darinya, dan Dia tidak lalai terhadap hamba-hamba-Nya.

Allah mendahulukan penyebutan kantuk, karena biasanya kantuk terjadi sebelum tidur.

Barangkali ada yang mengatakan, “Menafikan kantuk saja sudah cukup sehingga tidak perlu menyebut tidak tidur; karena jika mengantuk saja tidak, apalagi tidur.”

Akan tetapi, Allah menyebut keduanya, karena bisa jadi (1) orang tidur tanpa mengantuk terlebih dahulu, dan (2) orang bisa menahan kantuk, tetapi tidak bisa menahan tidur. Jadi, menafikan kantuk tidak berarti otomatis menafikan tidur.

لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي اْلأَرْضِ

“Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.”

Semesta alam ini adalah hamba dan kepunyaan Allah, serta di bawah kekuasaan-Nya. Tidak ada yang bisa menjalankan suatu kehendak kecuali dengan kehendak Allah.

مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ

“Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya.”

Memberi syafaat maksudnya menjadi perantara bagi orang lain dalam mendatangkan manfaat atau mencegah bahaya. Inti syafaat di sisi Allah adalah doa. Orang yang mengharapkan syafaat Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam berarti mengharapkan agar Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam mendoakannya di sisi Allah. Ada syafaat yang khusus untuk Nabi Muhammad, seperti syafaat untuk dimulainya hisab di akhirat, dan syafaat bagi penghuni surga agar pintu surga dibukakan untuk mereka. Ada yang tidak khusus untuk Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam, seperti syafaat bagi orang yang berhak masuk neraka agar tidak dimasukkan ke dalamnya, dan syafaat agar terangkat ke derajat yang lebih tinggi di surga.

Jadi, seorang muslim bisa memberikan syafaat untuk orang tua, anak, saudara atau sahabatnya di akhirat. Akan tetapi, syafaat hanya diberikan kepada orang yang beriman dan meninggal dalam keadaan iman. Disyaratkan dua hal untuk mendapatkannya, yaitu:

  1. Izin Allah untuk orang yang memberi syafaat.
  2. Ridha Allah untuk orang yang diberi syafaat.

Oleh karena itu, seseorang tidak boleh meminta syafaat kecuali kepada Allah. Selain berdoa, hendaknya kita mewujudkan syarat mendapat syafaat; dengan meraih ridha Allah. Tentunya dengan menaatiNya menjalankan perintahNya semampu kita, dan meninggalkan semua laranganNya.

يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ

“Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka.”

Ini adalah dalil bahwa ilmu Allah meliputi seluruh makhluk, baik yang ada pada masa lampau, sekarang maupun yang akan datang. Allah mengetahui apa yang telah, sedang, dan yang akan terjadi, bahkan hal yang ditakdirkan tidak ada, bagaimana wujudnya seandainya ada. Ilmu Allah sangat sempurna.

وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ

“Dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah kecuali dengan apa yang dikehendaki-Nya.”

Tidak ada yang mengetahui ilmu Allah, kecuali yang Allah ajarkan. Demikian pula ilmu tentang dzat dan sifat-sifat Allah. Kita tidak punya jalan untuk menetapkan suatu nama atau sifat, kecuali yang Dia kehendaki untuk ditetapkan dalam al-Quran dan al-Hadits.

وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضَ

“Kursi Allah meliputi langit dan bumi.”

Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu menafsirkan kursi dengan berkata:

الكُرْسيُّ مَوْضِعُ قَدَمَيْهِ

“Kursi adalah tempat kedua telapak kaki Allah.” (HR. al-Hakim no. 3116, di hukumi shahih oleh al-Hakim dan adz-Dzahabi)

Ahlussunnah menetapkan sifat-sifat seperti ini sebagaimana ditetapkan Allah dan Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam, sesuai dengan kegungan dan kemuliaan Allah tanpa menyerupakannya dengan sifat makhluk.

Ayat ini menunjukkan besarnya kursi Allah dan besarnya Allah. Dalam sebuah hadits, Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam bersabda:

مَا السَّمَاوَاتُ السَّبْع مَعَ الكُرْسِيِّ إِلاَّ كَحَلْقَةٍ مُلْقَاةٍ بِأَرْض فَلاَةٍ

“Tidaklah langit yang tujuh dibanding kursi kecuali laksana lingkaran anting yang diletakkan di tanah lapang.” (HR. Ibnu Hibban no.361, dihukumi shahih oleh Ibnu Hajar dan al-Albani)

وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا

“Dan Allah tidak terberati pemeliharaan keduanya.”

Seorang ibu, tentu merasakan betapa lelahnya mengurus rumah sendirian. Demikian juga seorang kepala desa, camat, bupati, gubernur atau presiden dalam mengurus wilayah yang mereka pimpin. Namun, tidak demikian dengan Allah yang Maha Kuat. Pemeliharaan langit dan bumi beserta isinya sangat ringan bagi-Nya. Segala sesuatu menjadi kerdil dan sederhana di depan Allah.

وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

“Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

Allah memiliki kedudukan yang tinggi, dan dzat-Nya berada di ketinggian, yaitu di atas langit (di atas singgasana). Dalam sebuah hadits, Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam bertanya kepada seorang budak perempuan: “Di mana Allah?”

Ia menjawab, “Di langit.”

Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam bertanya, “Siapa saya?”

Ia menjawab, “Engkau adalah Rasulullah.”

Maka, Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam berkata kepada majikannya (majikan budak perempuan tersebut -ed), “Bebaskanlah ia, karena sungguh dia beriman!” (HR. Muslim no. 537)

Jelaslah bahwa keyakinan sebagian orang bahwa Allah ada dimana-mana bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Hadits.

Demikian pula Allah memiliki kedudukan yang agung dan dzatnya juga agung sebagaimana ditunjukkan oleh keagungan kursiNya dalam ayat ini.

Kesimpulan:

  1. Semua ayat al-Qur’an agung. Adapun ayat yang paling agung adalah ayat kursi.
  2. Disunnahkan untuk membaca ayat ini setiap selesai shalat wajib, pada dzikir pagi dan sore, dan sebelum tidur.
  3. Penegasan kalimat tauhid.
  4. Arti al-Hayyu dan al-Qayyum yang menunjukkan seluruh nama Allah yang lain.
  5. Semua bentuk kekurangan harus dinafikan dari Allah.
  6. Arti syafaat dan syarat memperolehnya.
  7. Ilmu Allah sangat sempurna.
  8. Kita hanya menetapkan untuk Allah nama dan sifat yang ditetapkan oleh Allah dan RasulNya sesuai dengan keagungan dan kemuliaanNya, tanpa menyerupakannya dengan nama dan sifat makhluk.
  9. Arti dan keagungan kursi Allah.
  10. Ketinggian dan keagungan Allah dalam dzat dan kedudukan.
  11. Kesalahan orang yang mengatakan Allah ada di mana-mana.
  12. Penetapan banyak nama dan sifat Allah yang menunjukkan kemuliaan dan kesempurnaan-Nya.

Wallahu a’lam.

Referensi:

  1. Al-Quran dan Terjemahnya
  2. Tafsir Ibnu Katsir
  3. Fathul Qadir, asy-Syaukani
  4. Taysirul Karimir Rahman, Abdurrahman as-Sa’di
  5. Shahih al-Bukhari
  6. Shahih Muslim
  7. Al-Mu’jam al-Kabir, ath-Thabrani
  8. al-Mustadrak, al-Hakim.
  9. Shahih Ibnu Hibban
  10. Shahih Targhib wa Tarhib, al-Albani
  11. Silsilah Ahadits Shahihah, al-Albani
  12. Fathul Majid, Abdurrahman bin Hasan
  13. Fiqhul Asma’il Husna, Abdurrazzaq al-Badr
  14. Al-Qamus al-Muhith, al-Fairuzabadi

Ibnu Abil ‘Izz al-Hanafi berkata: “…tiada kehidupan untuk hati, tidak ada kesenangan dan ketenangan baginya, kecuali dengan mengenal Rabbnya, Sesembahan dan Penciptanya, dengan Asma’, Sifat dan Af’al (perbuatan)-Nya, dan seiring dengan itu mencintai-Nya lebih dari yang lain, dan berusaha mendekatkan diri kepada-Nya tanpa yang lain…” (Syarah al-Aqidah ath-Thahawiyyah)

***

Penulis: Ustadz Anas Burhanuddin, Lc.

Thursday, December 10, 2009

learn Together.. Al-Quran penyuluh hidup

Perigatan bersama!!

Sebenar-benar kalam ialah kalam Allah (Al-Quran) dan sebaik-baik pertunjuk ialah pertunjuk Muhammad Salallahualaihiwasalam dan seburuk-buruk perkara ialah perkara yang direka tanpa berdasar pertunjuk Allah dan rasul,dan setiap perkara yang direka tanpa pertunjuk Allah dan rasul ialah bid'ah. Dan setiap bid'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu di neraka.

Sangatlah besar dan agungnya Al-Quran, sesungguhnya ia adalah mukjizat kenabian baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan pertunjuk serta pedoman dalam segala perihal kehidupan manusia sebagaimana yang telah difirmankan Allah swt :

مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلاَ الإِيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُورًا نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

" Dan sebelumnya kamu tidak pun mengetahui apakah itu Al- Kitab (Al-Quran) dan tidak juga mengetahui apakah itu Iman. Tetapi kamilah yang menjadikan Al-Quran itu cahaya dan pertunjuk kepada sesiapa yang kami kehendaki dari kalangan hamba kami dan sesungguhnya engkaulah (Wahai Muhammad pertunjuk kepada jalan yang lurus." (Surah As-Syura : 52).

Melihat kepada suasana Malaysia, saya merasakan sangatlah perlu untuk saya melakukan sesuatu sekadar kemampuan saya untuk menghasilkan risalah-risalah berkait tafsir ayat-ayat Quran bagi memahamkan masyarakat akan panduan yang diberikan oleh Allah dalam kitab suci-Nya ini. Sesungguhnya Al-Quran merupakan hujah dan pertunjuk bagi mereka yang beriman sebagaimana sabda baginda Al-Quran itu hujah bagi kamu dan hujah ke atas kamu.” (Hadith Sahih, riwayat Muslim no.223 ).

Dunia hari ini, dengan kemajuan dan kemodenan yang membuatkan manusia semakin cemerlang dari sudut akal dan kebijaksanaan maka menyebabkan mereka merasa ego dan bongkak terhadap Allah. Manusia sudah tidak lagi mempedulikan halal dan haram, dosa atau pahala sebaliknya yang manusia pentingkan ialah wang, harta dan kemewahan hidup.

Demikianlah lalu timbul golongan yang hanya menjadikan Al-Quran sebagai hanya bacaan masa lapang takala keinsafan sekali-sekala datang menjelma atau mungkin juga sebagai acara pembuka majlis dan menjadikan Al-Quran sebagai wadah sampingan dalam kehidupan bagi mengatakan kononnya dirinya beriman. Sangatlah menyedihkan hari ini, apabila melihat betapa ramai anak-anak muda jahil agama dan langsung tidak dapat membaca Al-Quran apatah lagi memahami maknanya. Sedang Al-Quran ini diturunkan sebagai panduan yang melengkapi segala-gala ilmu pengetahuan sebagaimana firman Allah swt : مَّا فَرَّطْنَا فِى الكِتَابِ مِن شَىءٍ ثُمَّ اِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

“Dan tidaklah kami tertinggal dalam Al-Quran itu akan sesuatu (melainkan telah kami terangkannya) dan kepada tuhanlah mereka akan dihimpunkan .” (Surah Al-An'am : 38).

Bahkan juga disebut oleh baginda dalam hadithnya betapa Al-Quran merupakan pertunjuk dan panduan yang melengkapi bagi menyelamatkan manusia dari kesesatan dengan sabda-Nya : " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).

وَمَا تَوْفِيقِي إِلاَّ بِاللَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

“ Dan tiadalah pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepada-Nya aku bertawakkal dan kepada-Nya aku kembali” (Surah Hud :88).


oleh: Ustaz Emran Ahmad (Yaman)















kecemerlangan hakiki

ahlan wasahlan wamarhaban ...

saidina Ali berkata: " Beruntunglah engkau jika hari ini hidupmu lebih baik dari semalam. Rugilah engkau jika hari ini hidupmu sama sahaja seperi semalam. dan celakalah engkau jika hari ini hidupmu lebih buruk dari semalam."
Ya Allah golongkanlah aku bersama2 hamba2Mu yang mendapat petunjuk..Amin..

kecemerlangan hakiki-
apa itu cemerlang???
english-excellence,quality of excelling,superiority
kamus dewan-bersinar,gilang- gemilang ,keputusan yang baik
4410 calon spm lulus cemerlang!
662 org memperolehi a1 dalam sume subjek!
4.0 Dekan?
tanggal 20 mac 2005, akhbar Harian metro melaporkan pelajar cemerlang ceroboh sekolah..inikah dikatakan cemerlang..??

kecemerlangan hakiki adalah kecemerlangan kemuncak yang tidak memerlukan kecemerlangan lain selepas itu..
Ali Imran ayat 185, Tuhan menyatakan yang bermaksud,"Tiap2 jiwa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat akan disempurnakan
pahalamu.
Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga
maka dia
BEruntung. kehidupan di dunia ini kesenangan yang memperdayakan..

Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia sebaliknya kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bg mencapai kecemerlangan akhirat.
kecemerlangan hakiki adalah memasuki syurga yang Allah sediakan...

WAHAI sahabatku sayang..mari ikut saye kite telaah sikit..tambah2 saham.semoga amalan kite diterima..

Wednesday, December 9, 2009

akhirnya aku mengerti...

assalamualaikum dan salam 1 malaysia.

akhirnya aku mengerti...

kata kunci ini memberi saye sejuta pengertian yang amat bermakna dan sukar untuk dihurai dengan kate2..cume apabila kita berhadapan dengannya akhirnya kite akan mengerti hikmah,sebab dan musabab di sebalik ujian dari yang Maha Esa.. setelah mencecah umur 22 tahun,8 bulan ,10 hari ..baru saye mengerti..akhirnya saye mengerti setelah lame mencari dan masih mencari..baru saye mengerti..
alhamdulillah inilah yang saye cari..

9/12/09

cuti semester dah nak tiba penghujungnya..buat pertama kalinya cuti sem saya habiskan di universiti..saye bg gelaran..u ku sayang..dimana segalanya bermula di sini dan akhirnya saye mengerti..maaflah jika sukar nak faham..tapi saye pasti jika anda ikuti siri demi siri coretan ini akhirnya anda juga mengerti..u kusayang..saye penuntut tahun tiga di u ku sayang..jurusan bacelor sains hortikultur..cuti semester kali ni saye stay kat kolej..keje dekat agrogene..kejenye mudah tapi agak boring..yang bestnye plak saye ad kwan br.namenya Mr.daryus..orangnye..wah sopan santun...sejuk mate memandang..ewah...haha.selain tu sye ade roomate baru..dayah namenye..tu di ngah nyenyak tido..maklum le wanita bekerjaya.esok pagi nak bgun awal nak g kerja..katanyalah..dayah jgn marah.just kidding.ade sorang lagi kwn baru namenye..cik dila.dia ni kaya dengan senyuman..dah jumpe budak2 ni tak lah rase boring kat tempat kerja..maklum la keje kemaskini data ni ...paham2 je le ye... harapan saye moga2 cuti ini akan berakhir dengan memori indAH dan menjadikan saye seorang insan yang lebih baik dari semalam..

macam2 nak cerita ni..liku2 kehidupan begelar insan..
jom ikut saye..renung2 sikit kita ni dekat mane...

pencarian..aku nak cari ape yerk dalam hidup ni??

aku student u nak dekan,nak kumpul harta banyk2 , kete besar ..kete sorong x de clas ,rumah mewah..bertingkat2,hah nak ngurat plak mamat bangla,haha..kesian kan kite ni..ilmu tinggi2 tAPI HATI kosong..tu hati bila nak isi dengan

Nur Islam... Nur Islam... Nur Islam.....
wahai Sahabat2ku..inilah yang wajib kita teroka..bukan
dekan, harta setiggi gunung, kereta besar,rumah mewah .astro ria, hiburan semata2 yang tak menjanjikan syurga...JOM TEROKA bersama2 dengan saye..kita mulakan hidup baru..masih belum terlambat selagi hari belum kiamat..